Saturday, April 18, 2009

Cinta Suci, Cinta Curang, Cinta Hipokrit !

Cinta. Maksud yang amat mendalam. Hati dan tangan aku mau bicara tentang CINTA entry kali ni. Aku bukan lagi minah jiwang, apatah lagi gadis romantis, nak nak lagi budak leleyh. Dunia aku tu sudah tamat. Abes dah. Sekarang idup aku nak pandang ke depan. Tiada lagi aku meletakkan CINTA perkara terpenting dalam idop aku sbbnye, banyak lagi yang aku nak kejar, sebelum aku terikat dengan ikatan perkahwinan. hohoho.


Cinta Suci - Tiada attribute lain melainkan dengan Ikatan Perkahwinan. Sah. Dan HALAL.

Cinta Curang - Hohoho. curang? aku pon tak berape faham konsep curang nih. adakah pabila kita bercinta, org tu menjadi hak milik kekal kita? maknanya, dia atau pun kita tak boleh lagi kuar dengan org berlainan jantina yg lain. Seksa beb! Tak rimas ke?? Aku rase, curang ni boleh diguna pakai selepas berkahwin. Ermm. ntahlah. Pandangan akulah.Lepas aku ade suami nanti, baru aku bicara tentang ini ya.. :p

Cinta Hipokrit - Haaa.. Cinta ni berlambak2 di muka bumi alam fana ni. Cinta sekadar mau barang, Cinta sekadar mau dapat kerja, Cinta sekadar mahu lampias nafsu, Cinta sekadar mahu tumpang pangkat, Cinta sekadar mahu tumpang harta. Seriously, aku jijik dengan Cinta ini. Podahlah. Bolayan. Cinta ni lebiyh jijik lagi sekiranya di putus kasih apabila dekat2 dengan saat mahu disatukan didalam erti kata lain :PERNIKAHAN.

Ya.. Cinta tu buta.. sebab buta lah kita kene pakai tongkat. supaya tahu apa yang ade di depan. Gune Torchlight pon takgune, sebab dah tak nampak. Yang penting hanya TONGKAT dan mungkin bimbingan daripada insan yang sudi membantu. Aku berharap, semoga insan-insan yang aku sayangi dan kasihi, menemui cinta yg sebenar. Sentiasalah berjaga2 dengan cinta yang kita nampak manis di awalnya, kerana, kita belom tahu, apa ditengah dan didalamnya!


notaHati: Aku tak mahu kembali. Tapi, kedukaan kau, kedukaan aku. Kekecewaan kau, kekeceaan aku. Kebencian kau, kebencian aku dan kebahagiaan kau, kebahagiian buat aku! Jaga diri!