Sunday, April 26, 2009

Final Piala FA: Kelantan VS Selangor. Yeyyyyy! Selangor menang!!

Ini bukanlah kali pertama aku masuk stadium. Dulu pertama kali masuk stadium , di Shah Alam, tgk bola Kedah VS Selangor. Aku berpihak kepada kedah. Hehehe. Padahal langsung takde asal usul kedah. Kali ni adalah pertama kali aku masuk stadium Bukit Jalil utk menonton bola. Sejak-sejak berkawan dengan org bola, secare tak langsung mcm menarik minat aku tgk bola.

Sebenarnye, unplaned je tgk bola nih. Tibe2 je. Org dh ajak. Kite join jela. hihihi. Disertai oleh adik, 2 org kawannye dan aziz. Kami semestinye menyokong Selangor!! Ole-ole-ole!! Dan akhirnya Selangor menang.

Tadi mule-mue start match, aku cam dh nantuk. Bosan sebab tak gol2. pahtuh, dah lame-lame, sekali gol dh msuk. terus semangat. hak hak. Tak kisahlah selangor menang sebab tendangan penalti ke, yg penting, dh menang! hahahaha. 2- 1 . okiela tu... Utk pasukan kelantan yg kalah, jgn sedeyh2 haaaa.. Korg masih ade pemain bernama Farhan yg ensem! ;p

Coret-Coret menarik yg aku nak kongsi

1. Jem sepanjang perjalanan di MRR2. Banyak motosikal2 yg membawa bendera kelantan dan selangor. Mereka saliing membunyikan horn.

2. Sebelum nak masuk simpang ke Bukit Jalil, kami stuck dan jalan sgt jem. Ade kereta sebelah kereta aku ni ade lelaki umur dalam lngkungan 35 thn keatas teguk air arak dengan selambenye. Melayu, Islam! sebab ape aku kate die melayu islam? sebab dekat kereta yg die bwk tuh, terang2 tergantung kalimah Allah dan Muhammad.

3. Waktu aku selesai solat maghrib selepas membeli tiket, ade sekumpulan lelaki umur dalam lingkungan 10 tahun-12tahun berpusu nak solat maghrib, siap ajak kwn2 die yg lain. Org yg dewasa sekeliling pon x solat, isap rokok je. Tabik ah adik2!

4. Hampir70% penonton didalam stadium adalah penyokong Kelantan. Kerusi-kerusi penuh je kat bahagian Kelantan. Yang belah Selangor, mcm gigi berlubang. Ade je kosong.

5. Masa ke dua pusingan perlawanan barulah aku semangat tengok. Awal2 tgk boleh plak aku terlelap Buka jiwa bola btol!

6. Lagu gendang yg dimaikan oleh penyokong kelantan lebih baik dari penyokong selangor. Kerana, lagu gendang mereka boleh wat tarian gelek. Best wa ckp lu!!

7. Pemain dr pasukan kelantan hebat! Selangor mai tak best. Menang pon ni sebab tendangan penalti.

8. Gol pertama yg dijaringkan oleh pasukan selangor adalah dari jersi bernombor 24! si kecil yang hebat! ;)

9. Ade sorg je pemain yg botak dalam pasukan kelantan. Dan pemain yg botak itu hebat!

10. Kami menunggu lebih sejam utk keluar dari Bukit Jalil. Banjir dengan lautan manusia!

Enjoy! Tahniah kepada pasukan Selangor! Alhamdulllah! Yeyyyyy

ps: Mau tdoooo da!