Saturday, April 18, 2009

Hidup tak selalunyaIndah, Langit tak selalu Cerah!~

Dalam hidup ni, kadang2 kita rase happy sangat. Rasa puas hati dengan segale yg kite ade ketika itu. bibir tersenyum sampai ketelinga. time drive pon leh langgar je bumper tanpa break. Handphone masuk call pon sampai tak sedar. Yelah, perasaan happy yg amat. Rasa dunia, kita yang punya. tapikan.. jarang sekali dalam gembira tu kita fikir, yang ape yg kite kecapi skarang, tak kekal lame.



gamba cilok dari: Raja Ahmad Kamil Raja Yacob


Yelah.. sedangkan.. Org yg kuat leh jatuh sakit. Orang yg hebat boleh jadi lemah. Orang yg kaya blh jadi muflis. Orang yg bercinta bertahun2 boleh terputus kasih. Orang yang cantik boleh jadi hodoh. Orang yang kuat boleh jadi lemah. Orang yang gagah perkasa boleh jadi lembik. Orang yang berkuasa boleh hilang pengikutnya. Dan macam2 lagi.


Bila kita dah terjatuh, terhantuk, terkena.. barulah kita sedar, kita menyesal, kita rasa nak pusingkan masa, rasa nak berubah, rasa lebih menghargai. Padahal, sepatutnya, dalam perjalanan hidup ni, setiap inci yang berlaku, kita kene jalani sebaik mungkin, maknanya, kita perlu:


1. Peka dengan keadaan sekeliling


2. Lebih menghargai setiap kajayaan, kegembiraan dan kekayaan yang kita kecapi.

3. Sentiasa beringat bahawa, apa yang kita kecapi sekarang, TIDAK KEKAL!


4. Kita ni sebenarnye meminjam sahaja daripada Allah. Smpai masanya, semua kita kene pulangkan balik.


5. Jaga kesihatan baik2. Penyakit yang kita ada semua berlaku dari kita sendiri. Asasnya ialah,; PEMAKANAN. So, jagalah pemakanan untuk tubuh badan yang sihat.


6. Jaga tingkah laku, adab, dimana2 pon kita berkata, dengan siapa pun kita bercakap. Jangan fikir yang kita ni hebat. Ada yg jauh lebih hebat dari kita.


7. Jaga hubungan dengan tuhan, Maka Tuhan akan jaga hubungan kita Dengan Manusia.(PENTING!)


Lumrah manusia akan naik dan jatuh. Hidup kita kan umpama roda, berpusing. kita yang kat atas akan turun kat bawah, dan yg kat bawah akan naik atas juga. Lambat, cepat, laju perlahan, bergantung pada pemandu itu sendiri. Kalo roda da tak gerak tu maknenye takde sape dahlah pemandunye, takpun ganti la roda lain. ;)) hehehehe.




gamba cilok dari: Raja Ahmad Kamil Raja Yacob


notaHati: Ingat! "bile kite tengok org yang lebih dari kita, kita akan rasa mau lebih darinya dan tidak puas denga ape yg kita ada, TAPI, Jika kita memandang orang yang bawah dari kita, kita akan rasa sangat bertuah dan bersyukur dengan apa yang kita kecapi sekarang. Oleh itu, pandang lah kebawah, supaya kita lebih sedar dengan apa yg kita ada. Bersyukurlah! " **abdulazizcheahmad*