Wednesday, April 8, 2009

Tentang sahabat yang aku sangat sayang, iaitu: Shirley Geraldine Peter.

Aku ada ramai sahabat yang aku rapat. salah seorangnya: Shirley Geraldine Peter. Shirley ni mula berkawan dengan aku sejak aku Foundation pada tahun 2005. Dia adalah roomate aku. Shirley ni org sabah. Kami mula2 tak berapa rapat. cukup sekadar lalui hari2 bersama sama seperti org lain. Walaupun kami berlainan agama, tapi kami saling hormat menghormati antara satu sama lain. Die cukup berpegang teguh pada agama dia. Dia juga hormat aku dengan agama Islam. Kalau aku puasa, die tak makan depan aku. Kalau tak solat, die tanya "tak solat ke?" dan mcm2 lagi. pada tahun 2006-2008, aku langsung tak pedulikan die nih. almaklumlah. asyik dengan dunia fantasi aku. semua kawan aku tolak belakang. macam boleh hidup tanpa kawan lah kononnya. itulah perangai buruk aku dulu. benci tau kt diri aku dulu. lepastu, awal 2008 jumpe balik dengan shirley. kami mula kawan dan terus rapat yg amat. aku suke kawan dengan ley ni. sbb die tak byk songeh. tak busy body hal org. tak suke ngumpat2 org. suka membantu tanpa berkira, sangat setia pada kekasih die, dan die cantik! hehehe. kembang ah tu ley!~ weeekk!~


sepanjang thn 2008 sampai arini, kalu aku ajak shirley ni g mane2 atau mtk tolong ke..die jarang sangat sebut NO!~ Ataupun bg alasan mcm2. die adalah pengikut aku yg setia, pendengar aku yg baik, penasihat aku yg baik. byk die nasihat aku dari bermacam2 hal. kadang2 kami ade gaduh, tp tak sampai berape minit pon. gaduh mulut je. pendek kate, dah macam adik beradik da kami. kakak aku, adik aku, mak aku, ayah aku pun selesa dengan shirley ni. die sangat mudah. boleh masuk dengan family aku. pendek kate lagi, die memang best, dan cukup sempurna perilaku didalam bersahabat. aku sgt sayangkan die.


aku dengan shirley banyak habiskan masa bersama. kitorang suke jalan same2. buat kije same2. makan same2. antar kereta sewa same. sume perkara bersama. aku anggap ley mcm Pakwe aku. dan ley ni pon ade kate aku ni GF die. tapi kekasih die tetap SAM. hehehe. aku punye shirley je. aku bahagialah dengan shirley. Tapi jgn salah anggap dengan hubungan kami. Kami bukanlah SONGSANG. kami sangat rapat.itu shj. tak ade berlebih2.


aku kalo nangis n sedih, mesti cari shirley, bile aku nangis..die ikut nangis, dan tenangkan aku. bile aku happy, die pon turut happy. bile aku marah, die pon akan marah, begitu juga sebaliknya. aku akan tak tenang bile shirley tak tenang. kami same2 dah bersatu hati. hampir 90% tentang aku shirley tahu. dan die sangat memahami aku. aku tahu, aku byk marah die, naikkan suare kat die, tapi tak bermakne aku benci. aku sayang sgt kat die.


masuk arini hampir 5 tahun kami berkawan. suka duka aku lalui bersama die.Pada 11 april nanti, shirley akan tinggalkan aku. dia dah habis belajar. die akan terus tinggal di sabah. aku sedih sangat. sekali lagi orang yang aku sayang, tinggalkan aku. aku nak bersama shirley selalu.. tapi aku terpaksa akur dengan jalan hidup ni. aku sedih. sedih yang amat.rasa tak boleh nak taip ape2 lagi.


Shirley,
aku sayang sangat ko,
ingat ! friendship forever.
kita tetap satu hati sampai bila2.
i'm gonna miss you forever! :((((((((((((((((

notaKaki: kenapa setiap pertemuan ade perpisahan? kenapa yang indah, pasti berakhir dengan kedukaan? kenapa aku ditakdirkan kehilangan org yg aku sayang sekali lgi? kenapa? dan kenapa???

*andai dapat kuputarkan masa, akan ku putar masa kita lalui dulu bersama dan aku akan perlahankan putaran itu, supaya kita akan selalu dan dabat bersama lebih lama.**


ini shirley

saat aku bersama die.