Thursday, June 25, 2009

Jodoh.

Jodoh. Bila cakap pasal jodoh, kadang2 rasa nak cepat. Kadang2 rase nak lembat. Tapi, kita sendiri pon sebenarnye taktahu bila jodoh kita tiba. Boleh jadi tibe2 je jodoh tu datang. Tanpa kite sedar masa n dengan siapa jodoh kita. Selalunya, kita lehat, org yang putus cinta lebih cepat jodohnya dan jodoh yang dia dapat tu yang tak pernah di fikirkan atau terlintas untuk menjadi jodohnya.

Boleh jadi org yg bercinta 4 tahun ataupon bertahun2 lamanya, tapi bukan berakhir dengan perkahwinan. Berkahir dengan perpisahan. Pada yang berkasih dan bercinta bertahun lamanya, dan berkahir dengan perkahwinan..Tahniah diucapkan. Pupuklah cinta itu sehingga ke akhirnya.

Apabila kita sudah bertemu dengan jodoh kita, niatkan satu, iatiu bercinta sampai ke syurga. (bukan nak cakap yg kita pasti masuk kesyurga). maksudnya, kebahagiaan, dan percintaan yang halal dan berdasarkan landasan yang betul. Bukan bercinta sebelum berkahwin, tetapi bercinta selepas berkahwin. Sememangnya kita sendiri tak dapat mengawal perasaan cinta kita sendiri pada org yg kita sayang. Tetapi, kalau kita benar2 berfikir tentang 1, iaitu, PERKAHWINAN, pasti kita akan rasa manisnya cinta dan akan menjaga sebaiknya hubungan itu.

Aku sendiri berdoa dan berharap aku tidak silap dalam memilih jodoh. Dan itu pasti doa semua insan yang masih belum berkahwin.

Ada dikalangan kawan aku diUniten dahulu akan melangsungkan perkahwinan pada akhir tahun ini. Alhamdulillah. Tahniah buat Ayu and Thareq.


gambar kak mira pada 9 may, sebelom diijabkabulkan.


Apa yang dikatakan disini ade sedikit sebanyak disimpulkan dari Buku yang bertajuk: "Aku terima Nikahnya" yang dihadiahkan oleh Idris. Thanks Idris.


.Cik Husna.