Wednesday, June 10, 2009

Kasih Seorang Ayah dan Hakikat Kehidupan Seorang Anak.

Perjalanan hidup aku ibarat roda. Kadang kala kat atas, kadang-kadang kat bawah..yang pasti, sentiasa bergerak. Banyak pengalaman pahit dan manis yang aku telah tempuhi selama 22 tahun 23 hari aku hidup kat muka bumi ini. Diantaranya pengalaman didalam alam persekolahan, alam belajar, alam remaja, alam dunia berhubung dengan masyarakat luar dan macam-macam lagi.

Dahulunya, kehidupan alam aku di Universiti bermula bersama seorang yg aku tak perlu ingatkan lagi utk kehidupan aku kini. Dunia aku dijaga olehnya. Segala kesulitan, kesusahan di selesaikan olehnya. Aku ibarat di sandar disebatang pokkok, yang sentiasa lemah.

Namun kini, segalanya aku hadapi sendiri. WALAU BAGAIMANAPUN, aku terpaksa akur, aku tak boleh hidup sendiri. Aku masih perlukan keluarga, kawan-kawan utk temani dan bantu aku dalam hidup.

Banyak musibah yang jadi dalam hidup aku, akhirnya aku kembali pulang ke pangkuan keluarga. Aku akui, peneraju utama yang banyak membantu dalam hidup aku adalah ayah aku.

Banyak dosa dan kesalahan yang aku dah lakukan di bantui oleh ayah aku. Sejauh mana pun aku lari, setinggi mana pun akun melompat, akhirnya aku akan kembali pada ayah aku.

Aku sedar, ayah aku adalah segala-galanya dalam hidup aku. Tak dapat aku bayangkan andai suatu hari nanti ayah aku tiada lagi dalm hidup aku. Hidup aku akan suram dan aku kehilangan orang yang benar2 penting dalam hidup aku. Yang selalu memberi semangat, nasihat dan tunjuk ajar. Yang membuka mataku dengan menyatakan bahawa bahayanya kehidupan masa kini. Yanng menjadi sumber informasi aku untuk segala jenis ilmu pengetahuan.

Aku sangat bangga mempunyai Ayah sepertimu.

Aku ingin memohon ampun kerana kekasaran, kesalahan aku selama ini. Satu kata utk Buya tercinta

"I love you so much and you are my everything!~"