Sunday, June 7, 2009

Kenduri Kahwin dan Konsert Untukmu Sudirman Di Istana Budaya

sempena hari yang ceria dengan tarikh yang cantik, iaitu 06/06/09, beberapa aktiviti yang telah aku lakukan. Bangun seawal biasa( ahahhahah) kemudian solat subuh, den sambung tdo. Pastu bgn tdo, kak urya ajak utk join die ke Majlis Perkahwinan Kak Hamizah Aimi (merangkap senior aku sewaktu di SAMTEN dulu).


Kami gerak memanglah tersangat lewat kire2 jam 3ptg. Sebelom tu ayahanda ade call tanye ade katmana sebab die and adik kebetulan minum di Al Rasyid di Ampang. Kebetulan memang nakg majlis kat Ampang.So singgahh dulu jumpa ayahanda jap. Beliau mahu pulang ke Ipoh. Lepas dah jumpa Ayahanda, aku, kak urya n kak kinah (kwn kak urya) g lah umah kak mimi ni. Memang meja sume dah lipat. Tinggal 3 meja je lg. Pengantin pun dah tak ade, pergi sesi fotografi outdoor. Mane taknye.. kitorg sampai pon dalam pukul 4.15 ptg.. Sib bek sampat makan sbb aku memang tgh lapar time tuh. heheheh.



di Jusco setiawangsa


aku n urya


taken by adik


gambar di kenduri kawin




Lepas abis balik kenduri, kak urya n kak kinah g ke Sogo. Adelah tuh hal dorang. Aku otw nak balik..tetibe ase nakg singgah kat Jalan TAR, nak cari tudung. Adelah bli tdung murah. 2 helai. Satu nak bg Syira.. dan dah bg pon tadi.

Pastu balik je siap2 terus utk pergi ke Konsert Untukmu Sudirman. Tujuan utama pergi konsert ni semata-mata utk memenuhi undngan dari Haziq sendir yang perform jugak malam tadi. Menarik.


Kak ury, kak kinah , n kawan kak kinah dah tunggu aku n aziz di Istana Budaya. Dorang masuk dulu..aku masuk lambat. cam biase ah..lambat2 tuh aku.. sampai je kat IB, tros contact abah haziq mtk tiket..den tros kami masuk..

Wah, sunngguh teruja sebab ade Que Haidar. Tersangatlah excited dengan die. Aku memang sgt meminati muke Que Haidar ni dari awal kemunculannya dalam Industri Hiburan, sampailah sekarang. Kalau org tanye aku suke laki muke cam mane, senang je.. mcm muke que haidar..Hakhakhakha!~



suke jeee..Bukan utk dimiliki. Suami org tuh! Aku tahu, dalam idup ni, bende yg aku nak selalunya takkan dapat. Rancangan Tuhan mengatasi segalanya...



Berbalik cerita tadi.. Corat coret yang aku nak kongsi utk Konsert Untukmu Sudirman malam tadi adalah:



1. Pembukaan aku taksempat tengok, tapi, kawan kak urya kate best. Pembukaan Oleh Mila.



2. Walaupun hari terakhir Konsert tu (konsert utkmu sudirman telah berlangsung selama 3 hari bermula Khamis, jumaat, sabtu), sambutan kurang menggalakkan..Kerusi masih banyak yg kosong.



3. Kurang sambutan utk Konsert ini mungkin disebabkan faktor Harga Tiket yg agak mahal atau artis2 yang terlibat kurang mendapat tempat dihati peminat. Jadi tak ramai yang pergi. Boleh jadi sebab kurang Promosi.



4. Artis yang menonjol pada malam tadi ialah, Adibah Nor, Mila, Atilia, Haziq dan Ikhwal. Lagu yg dibawakan oleh Atilia, seolah lagu nya sendiri. Memang sedap n meletop!!



5. Baju yang diperagakan oleh Mila n Atilia sangat cantik! 2 2 sama comel.



6. Props yang sangat "kelas" di pentas. Tetai, Que Haidar kurang penghayatan ketika memberi sajak, tangisan seoalah dibuat2 kerana masih membaca skrip. Sayang je sbb prop dah cantik.



7. Kaza mempunyai suara yg sangat lantang dan nyaring, sehingga membingitkan telinga. Tapi suara die sedap..



8. Semua lagu sudirman yg dipersembahkan oleh artis2 malam tadi boleh di kategorikan ada yang baik, ada yang memuaskan.



9. Antara artis lain yang aku tengok ada hadir menonton konser malam td ialaha Jehan, Bob, Linda Jasmine dan mcm2 lagi.



10. Suara MC perempuan pada malam tadi sangat tidak commercial. Itu pendapat aku. Haaa... kesimpulannye..konsert ni perlu dibuat "postmoterm" bg mengkaji aspek2 kelemahan didalam konsert ini supaya konsert yg sama pada tahun hadapan lebih menarik lagi! Teruskan Usaha Yg Jitu! ;)))


gambar sempat diambil after konsert