Monday, June 8, 2009

Kereta Hilang genab 6 bulan akhirnya di Jumpai oleh aku sendiri!~Alhamdulillah!! Syukurrr!!

Seperti yg sedia maklum, aku buat bisnes sewa kereta dah beberapa lamenya. sepanjang aku buat sewa kereta byk pengalaman pahit dan manis yg aku dh rasa. Antaranya adalah hilang kereta pada Tahun lepas bulan 12 tahun 2008. Ya. kecewa memang sgt kecewa.

Aku memang mencari kereta ni, ke melaka, johor, KL, bangi dan mcm2 tempat lagi. Aku pon ade mtk tlg ramai org utk usha kan kereta ni utk aku. Tapi memang takde rezeki. Aku pasrah.. Aku dapat kereta ni pon org pajak pada aku. Kereta kelisa W** 5423.

Pagi semalam tetibe rase nak gerak lambat pergi Bangi. Aku patut nak gerak dalam pukul 9pg. Tapi tetibe ase nak gerak kul 11pg lak. Ya. XSetiap perkara yg jadi ade hikmahnye. Sedang aku drive kat MRR2 tetibe terpacul mulut aku kuar W** 5423. Tengok2 kereta ade depan mata. Berderau darah terkejut. Rase mcm mimpi!

Aku g ikut kereta tu sampai ke Ampang. Dahlah kedit takde.. takdapat nak call sape pon. Dapat contact aziz je. Aku tatau nak buat ape. Aziz dahlah kat kedah, kerja.. uuu..den, Suh aziz call abg Z, suh abg Z contact aku balik.. gile.. aku dahlah sorg2 je pompuan. memang tatau nak buat ape. Thanks so much Aziz, 4 ur concern.

Kereta ni menuju kearah De Palma Ampang, Dataran De Palma. Aku ikut jugak.. Sampai jer sane aku terus kuar n masuk kat kedai berhampiran mtk tolong utk call polis kate kereta ilang dah jumpe. Org berkerumun kt kereta jage org yg memandu. Aku lak g call polis. Abis lah, polis, geng org tuh, owner kereta yg pajakkan aku sume datang adelah mcm aksi2 drama. Semua lelaki kat situ. Alhamdulillah semuanya selesai.

Yang membuat aku sangat berpuas hati dan senang hati.. akhirnya Kereta ni aku yg jumpa jugak.... Kuasa Tuhan.. dalam hidup ni kalau kita nak nyorok kan suatu kesalahan atau pon khianat org, takat mana je.. Allah bayar cash kat dunia. Biarlah cepat atau lambat. Yang PAsti, masa itu akan tiba ;))

** Buat yang masih lagi ade mencari2 kereta yg aku forwardkan SMS ilang, kereta dah jumpe..! , so pasni kalo tgk org drive, jgn tahan lak! heheheheh.

NotaHati: Nak mandi bersiap-siap! Wish me Luck!~ ;)