Friday, August 14, 2009

Takziah Buat Keluarga Allahyarham Ustaz Asri

1969-2009
Allahyarham Ustaz Asri
Semalam, negara kita telah kehilangan satu lagi permata berharga dalam industri nasyid. Ustaz Asri telah kembali ke rahmatullah.



Ustaz Asri adalah salah seorang vokalis nasyid "vateran" yg hebat berdiri sama Muniff Ahmad dan ramai lagi. Aku mula-mula kenal suara Ustaz Asri sejak kecil lagi. Memang aku telah didedahkan dengan suara-suara nasyid dr Ustaz Asri dan Muniff Ahmaf yang dahulunya di bawah kmpulan "Nada Murni" .



Kehilangan beliau benar-benar mengejutkan aku dan seluruh peminat beliau. Aku yakin pemergiaan beliau amat dirasai oleh keluarga, sahabat handai dan kenalan serta peminat2 beliau.



Semoga Roh beliau dicucuri rahmat olehNya.. Ameen.