Wednesday, September 16, 2009

sepi.



Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati aku sepi
Biar senyum hadir di hariku
namun ini hanya ada di bibir
di bibir saja

Aku ini yang bisa mengerti
walaupun yang lain mau mengerti
Namun berat beban hidupku
biarkan saja
Biar saja hanya ku yang tahu

Sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

Oh.. ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam

Woo.. sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

Oh.. ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam


salam buat semua pembaca blog aku. ramai juge pengikut blog aku yg slalu bace blog aku tiap ari. mekaseyh bebanyak aku ucapkan. arini aku nak kongsi perasaan aku skang, ape yg aku rase kat sini. perasaan aku waktu ni adalah sedih. buat musuh2 aku diluar sana, dan kalian yg membenci aku, pasti kamu2 sorak2 gembira atas kesedihan aku. biarpon kalian tak tahu apa yang aku sedihkan. korg ade fikir, kenapa korg gembira bila aku sedih? sbb korg bencikan aku, jadi, segala kedukaan aku adalah kegembiraan buat kalian. btol? takpe2. bende kecil, aku sangat2 boleh hadapi, insyaAllah.

Buat kalian yang menyokong aku, dan merasa ape perasaan yg aku hadapi kini, terima kasih banyak2 aku ucapkan. semoga kalian juga akan sentiasa di beri kesenangan dalam hidup.

buat apa kita nak dengki dengan kehidupan org?apa yang kita dapat? takade ape pon dapat.tapi, cube kite fikir, ape yg kita dapat kalau kita sentiasa menyokong org..kita juge akan diberi kesenangan.percayalah.

berbalik tentang aku, kenapa sedih? aku sedih sbb bermacam perkara.aku sedar, aku bukan berseorangan, dalam hidup ni, tapi aku tetap rasa sunyi.walaupun aku tak punya kekasih hati, tapi aku punya teman sekeliling yg sentiasa menyokong aku.

aku terkenangkan memori lepas, bersama rakan-rakan. bersama bekas kekasih aku. kenangan lepas takkan aku lupakan. aku sangat rindukan saat2 bahagia aku dulu bersama org yang aku sangat-sangat cinta dan sayang. dalam tempoh aku bersama bekas kekasih aku, walaupun pernah aku mengeluarkan kata2 yang tak elok, tapi dalam hati dan perasaan, hanya tuhan yang tahu, betapa aku sangat menyayangi dia lebih drpd segala2nya. pernah angan2 aku mahu menjaganya sampai mati, hidup bahagia sebagai pasangan suami isteri dan macam2 lagi. ini kerana aku sangat menyayangi dia. aku terlalu menyayangi dia lebih drpd diri aku sendiri. biarpun berbagai rintangan ang aku hadapi, aku tetap sayangkan dia.

banyak kenangan kisah hidup aku dan dia. terlalu banyak kenangan manis aku bersama dia bersama keluarganya, kawan2 kami, nabila, ejot.. antara kawan baik aku bersama bekas kekasih aku. aku sangat rindu perkara yang pernah jadi pada aku dulu. susah senang bersama. aku mau kalian rakan-rakan aku( jika kalian masih akui aku kawan kalian) tahu, yang, aku takkan dan tak pernah lupakan kalian. aku berharap kalian masih sudi berkawan lagi dengan aku, walaupun aku bukan lagi kekasih org berada seperti dulu, aku bukan lagi siapa2..tapi aku tetap kawan kalian. aku tahu, musuh ku ketika ini tepuk tangan membaca luahan hati aku. buatlah..silalah. aku tak ada hak nak halang. ambillah lagi apa yang kau mahu dari aku, dan buatlah suka hati kamu...

aku bukan siapa2, aku bukan manusia seperti kamu. aku adalah diri aku. aku tak punya kekasih seperti kalian, aku tak punya apa utk dibanggakan..

Namun, aku punya keluarga yang sangat besar yg sayangkan aku, aku punya Buya yang tak dapat ditukar ganti, dan Umi yang aku sagat sayangi serta adik beradik yang sentiasa bersama aku. Aku juga punya teman untuk aku berkongsi, Aziz. Walaupun dia bukanlah kekasih aku, namun aku akui, dia adalah lelaki yang baik setakat ni. nobody is perfect. Aziz bukanlah keluarga berpangkat seperti bekas kekasih aku, tapi dia punya keturunan yang baik2 dan kerja yg tetap. Aku punya rakan2, yang bersama aku, anis, ana, shirley, syu dan ramai lagi. Aku juga punya cousin yg rapat, kak fath. mereka2 ni adalah kekasih aku kini.

Aku tak sama seperti engkau. Aku mahu jelaskan disini, jika engkau diluar sana mahu merampas kebahagiaan aku, silakan.. Buat sampai puas, TAPI, jangan ganggu KELUARGA aku. Sampai mati pun aku takkan maaafkan. Kau faham maksud ganggu? ganggu = menghina. aku tak maksdukan kau hadir dalam hidup aku dan membuat porak peranda, sebb aku yakin, sekalipon kau datang membuat porak peranda, silaturrahim antara kami yang mengukuhkan hubungan kami. Engkau-engkau, sila ambil kebahagiaan aku jika itu yang membuat kalian berpuas hati, dan mari kita lihat sejauh mana hidup kau boleh pergi.

Aku tak punya apa dalam hidup ni. Tak ada siapa yang pandang aku. Tapi, InsyaAllah, satu hari nanti, semua akan berubah. Aku yakin dengan Hikmah-Nya. Mungkin sekarang aku berada di roda bawah. Esok lusa, kita blom tahu nasib kita mcmana.

Rakan-rakan yang masih sudi bace blog aku, aku sedar, aku ni siapa, tidak sehebat kalian. Aku harap, dalam kegembiraan kalian di belakang aku, kalian tak lupakan aku. Aku tahu aku tidak setaraf dengan kalian. Aku sedar semua itu. Aku tahu, saat ini tak ada siapa yang dapat kongsi rasa kesedihan aku. aku pasrah. aku ada buya yang dapat mendengar rintihan aku. aku sedih bila terinagatkan teman2 yang bersama aku dahulu. aku teringatkan gelak tawa kalian bersama aku. bagaimana kita sama2 jalani hidup. doa dan harapan aku, kalian tidak membuang aku sebagai kawan disebabkan aku bukan punya kekasih anak org berpengaruh lagi.

InsyaAllah, aku akan cuba buat kehidupan aku sendiri yang boleh dibanggakan oleh keluarga aku. InsyaAllah..

Dalam sepi2 ni, aku tahu , aku punya tuhan Allah yang sentiasa bersama aku. Jadi utuk apa aku bersedih? mungkin kerana terlalu memikirkan perkara silam.....



aku dan aziz(gambar lama)

notaHati: Bila kita senang, berpangkat, berharta, ramai yang keliling, Bila kita tidak punya apa, semua lari dr kita. Teman yang setia sukar di cari.n