Friday, October 16, 2009

Salah seorang pemandu yang bekerja dengan saya telah Kembali kerahmatullah

14 october 2009 yang lepas, salah seorang pilot aku yang bekerjasama dalam project HANNAH Travel (WCMM KL 2009) telah kembali kerahmatullah.

alhamdulillah, aku sempat menghadap jenazah sewaktu di tahlilkan.

Arwah adalah salah seorang pilot yg sangat berdedikasi dan perwatakan seorang ayah waktu berkomunikasi dengan aku. Arwah juga satu2nya pilot yang bekerja dengan aku yang membahasakan dirinya pada aku dengan panggilan "pakcik". Aku menghormati arwah dan hormat kepada arwah, biarpun perkenalan kami singkat.

Pemergian arwah benar2 mengejutkan aku. Aku berdoa semoga roh arwah Encik Abdullah Manaf dicucuri rahmat. Ameen. AlFatihah..

kongsiKongsi Mengenai Arwah:
1. Arwah adalah anak saudara kepada Tan Sri Muhiyyidin Yassin.
2. Meniggalkan seorang balu, 7 orang anak dan 9 orang cucu.
3. Bekerja denagan aku dalam projek World Congress On Military Medicine sebagai pilot(pemandu).
4. Kerja terakhir adalah menghantar deligasi ke KLIA pada 10 October lepas.
5. Ramai kawan2 arwah cerita yang assignment kali ini arwah banyak diam dan bersendirian.