Friday, February 19, 2010

mahkamah jalan duta

salam semua buat pembaca belog aku skalian. semoga semuanya sihat2 walafiat hendaknye. aku? hehehe. rase ok siket.. dikala aku menaip entri utk blog aku ni, aziz otw balik KL dari perlis. aku doakan semoga selamat pulang.. arnini 18hb febuaari.. maknenye ape? banyak maknenye.... antaranya, 1. lagi 3 bulan lagi aku genab berumur tambah 1 dr umur sekarang :p insyaAllah jika dipanjangkan umurla.. 2. menghadiri 1 kes yang ditunggu2 selama ini. rase tak perlu kongsi kut. 3. kes perbicaraan Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI).. ke 2 perkara diatas ni berlaku di satu tempat yg sama iaitu di Mahkamah Jalan Duta.


Entri kali ini aku cuba utk kongsikan perkara nmbor 3 seperti yang dinyatakan diatas. Kawan-kawan..pembaca blog sekalian.. sila pejamkan mata kalian semua sebentar.. tarik nafas perlahanlahan.. dan lepas... sila kosongkan minda n lapangkan dada.... kerana aku nak pembaca setkan minded kalian utk tidak memandang penulisan aku kali ini berbaur politik. Apa yang aku nak kongsi adalah dari pandangan mata sendiri sebagai manusia yang normal yang merasa apa yang dilalui..


Tepat jam 8.30 aku sampai kat perkarangan mahamah jalan duta. Parking memang penuh ok. nak taknak memang parking jauh dari pintu masuk. aku sempat tanye pakcik2 kat lua dorg dtg utk ape.. semua datang utk kes anwar.. dan ade 1 geng makcik n pakcik datang dari Tampin kata mereka utk kes anwar. 2 bas, 1 van ok!memang tak muat masuk court! salute lah mereka!! salute disebabkan semangat mereka yang sangat2 tinggi utk menyokong pada pemimpin yang mereka sayangi dan sanjungi. Penyokong DSAI tak perlu aku cerita..siapa yang hadir mahkamah tadi tahu sendiri betapa hebatnye penyokong DSAI dan betapa ramianya. Reporter2 dalam dan luar negara rata-rata serbu DSAI setibanya mereka di mahkamah.

Aku hadir ke mahkamah utk sebutan kes lain, tapi bila tengok nya susana di mahkamah tadi rasa sangat2 teruja..aku bukan nak bela DSAI kerana bersaudara, atau apapun.. tapi aku respect beliau kerana sangat tabah dan tak putus2 semangat perjuangan beliau. Aku sempat bermesej pada D.W Azizah utk tanye court di belah mana.. di balas "naik tgkat 5" cun2 je atas court yang aku tengah duduk time tui. sementara sebutan kes tgh break..aku naik kemahkamah sesyen di tgkat 5.. penuh! tak leh nak masuk.. jadi lepak kat luar borak2 dengan kak nuha n bodyguard dorang. dalam pkul 11 lbh kes da abes, DSAI kuar n reporter serbu DSAI, Karpal , etc. Pada pihak sebelah lagi, memang tak ada! penyokong dia pon tak ada! sangat2 pelik!


Antara org VIP yang menyokong DSAI hadir yang aku nampklah.. Bekas MB Perak D.S Nizar, Org2 kedutaan, penganalisa DNA dr Australia, India..(ensem yang mamat australia ni! :p) n ramai lagi.. Banyak juga gambar2 yang aku tangkap serta video.. lepas abes kes DSAI bicara, aku turun tgkat 4 g masuk balik court mahkamah sesyen 2 utk teruskan prosiding.. kesimpulannya kesemuanya berjalan lancar dan aku gembira.... :)) Kes di tangguh lagi..



NotaKaki: Leh ke share gamba2 kat sini? kang kene ban lak :p