Monday, February 1, 2010

pencantas

wah. ape itu maksud title blog aku kali ni? panas .. panaasss! hehehhee. btw, takde apepon.. tetibe malam td nak tdur, terfikir mengenainya... okehh.. ape yang aku nak share kat sini adalah apa yang aku rasa dan pendapat aku.. terpulanglah pada kalian yang nek menilainya.. :))

dalam kehidupan2 yang kita lalui seharian, tak semuanya indah.. kita semua berhak mengatur jalan hidup kita sendiri. tapi biarlah berlandaskan yang betul.. dalam hidup kita juga, setiap org ade "privacy" nya tersendiri.. dan same2 lah ki te mersepect each other. mcm kehidupan aku, aku dikelililngi oleh kawan2 dan sahabat2 yang hebat2. alhamdulillah. dalam konteks "sahabat" dan "kawan" adalah dua konteks yang sangat berbeza. kalian pon tahukan.. biarlah aku cerita mengenai sahabat dan bukannya kawan. sebabnya sahabat adalah org terdekat dengan aku.dan juga org yg aku percaya.

dalam ape yang aku nak kongsikan disini, aku ingin mengaitkan dalam beberapa hadis, supaya semua jelas dalam konteks perhubungan dalam bersahabat.

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)

dalam hadis ini jelas menenkankan kita berbaik dalam bersahabat. janganlah menjadi seperti susu dibalas tuba.

dalam bersahabat, aku seboleh2 ingin membantu pada insan2 keliling aku yang aku rasa ade potensi untuk maju dalam bidang mereka. aku bukanlah sepeti tokoh2 korporat, atau cendikiawan yang bijak pandai mahupun jutawan yang mampu melabur wang yang banyak utk pulangan jangka panjang. Aku hanyalah seorang wanita biasa yang sama seperti kamu-kamu wahai sahabat-sahabat dan kawan-kawanku.

Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda,
“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)

“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)

Kehidupan aku juga normal sama seperti kalian. tak ada yang istimewa dalm perbezaan aku jalani kehidupan. Yang aku rasa bertuah dalah kerana memiliki Buya dan Ummi yang tak putus2 mendoakan dan memberi semangat dalam ape jua bidang yang aku lakukan. Aku juga cuba untuk melayani segala kehendak dan permintaan para sahabat dan kawan sekalian.


disini aku ingin mengucapkan terima kasih byk pada org yang ingin menaiikkan dan menjatuhkn aku.