Thursday, July 1, 2010

Peringatan dan Teguran Membina


Terima kasih banyak-banyak kepada my soulmate atas teguran yang sangat membina. Ya, aku adalah api, dia adalah air. Kami sama memerlukan sebelum melangkah alam perkahwinan. Dia ada cakap, lepas kahwin, tak ada lagi status, air/api/logam/kayu etc. Hidup sama-sama, saling mengawal emosi.

Kadang-kadang kita rasa kita ni sudah cukup matang, tapi sebenarnya tidak, kadangkala kita rasa kita telah memberi yang terbaik pada diri dia, tapi sebenanya itulah kekurangan yang kita beri. Disebabkan terlalu menjaga pun tak boleh jugak. Aku cuba untu berubah sedikit demi sedikit. Dari baran kepada tak baran. Dari kasar keppada lembut, dari yang jahat keoada yang baik. Dari berisi kepada kurus, dari hitam kepada yang putih dan macam-macam lagi. Tapi itu semuanya makan masa. manada org boleh berubah sekelip mata. semuanya makan masa tau.

Jadi tekad perubahan dalam hidup untuk menjadi lebih baik. Aku kata tak sempurna, bukan bermakna aku tak sayang. Bukan pun maksud untuk menjauh, tapi ikhlas aku nak nyatakan bahawa aku sentiasa ingin berubah kepada yang lebih baik.

Terima Kasih sekali lagi pada soulmate. Aku juga akan cuba memahami kerjaya soulmate walaupun aku tak berapa faham sebenarnya. Tiap hari aku doakan yang terbaik buat aku dan dia. Jika benar jodoh aku dengan dia, insyaAllah, sikit lagi pasti menyusul. Andai aku bukan untuk dia, aku juga redha, kerana aku yakin dan percaya, setiap manusia memang telah diciptakan masing2. jadi buat apa nak takut, kalau dah jodoh tak kemana. :)

Buat soulmate, saya menghormati abg sebagai org yg lebih tua dari saya. Orang yang selalu memberi nasihat, kata semangat. Yang tak pernah putus melayan kerenah saya dari dulu sampai sekarang. semenjak berkawan sehinngga saat ini, abg dah terlalu banyak sabar dengan saya. saya sayang abg. Saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat kita. Andai jodoh, tidak kemana. Terima Kasih atas segalanya. semoga segala perancangan dipermudahkan olehNya. :")