Sunday, September 19, 2010

10 Syawal 1431

Its My day!~ :)
Counting, Counting. Gulp!

Saturday, September 18, 2010

Platinum Victory, Danau Kota

Saya mengimpikan sebuah rumah di atas tanah, dengan halaman yang boleh bercucuk tanam dan parkir kereta yg luas. Itu adalah impian. Tak semestinya sebuah impian akan menjadi kenyataan. Dan tak mustahil juga sebuah impian akan menjadi kenyataan. Pokok pangkalnya, JUST DO IT. Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Kejayaan, kemewahan, Kekayaan dan Kesenangan tak akan datang bergolek. Usaha yang jitu, tanpa mengenal erti putus asa dan berkira, insyaAllah akan membuahkan hasil. Yang penting, kita hendaklah sentiasa Istiqamah diatas setiap pekerjaan yang kita lakukan. Peringatan ini adalah untuk diri sendiri. InsyaAllah, selepas 5 Tahun ini, Impian dapat jadi kenyataan. Tanah dah ada, tunggu bikin rumah Impian. Ameen Ya Allah.

Berbalik kepada Platinum Victory (PV). PV ni ada banyak tak silap saya, tapi yang nak bercerita ni PV 12 di danau Kota. Lokasi sangat strategik. Kelebihan-kelebihan PV12:

1. Berada di tengah-tengah yang boleh menghubungkan keKL, DUKE (utk ke Damansara, Shah Alam dsbg)

2. Security 24 jam, naik lif pakai access card.

3. Di bawah kondo ni terdapay MyMydin yg baru dibuka, senang utk beli barang dapur, turun lif jer.

4. Dekat dengan Uptown Danau kota. Jalan Kaki sahaja.

5. Sebelah dengan Platinum Walk, ada Ofis disitu, Old Town, CC, Pusat mengurut yg saya selalu pergi, Ani Sup Utara, dan macammmmm macammmm lagi! (area ni adalah port saya melepet :p)

6. Sekkitar Kondo ni terdapat 3 pembinaan yg sedang dibina, iaitu, Tesco, Parkson dan Hospital Swasta. (saya yakin, empat ini akan naik nilainya jika kita beli rumah dikawasan ni)

7. Kondo ni cantik dan harga berpatutan!

pandangan dari tingkat 10


blok lain

tuu ade gym! siap ade guard lagi jage :)

1300 sqft

master bedroom

yg duduk tu nenek, keletihan mengikut ke hulu ke hilir :p

dulu ade berminat dengan The Orion, tapi disebabkan beberapa faktor, nampaknya terpaksa lupakan nya. Bye the Orion, Impian jadi harapan :p

notaKaki: Minta Pada Allah, sbb dialah yg pemberi Rezeki. Yakin pada Doa. Ingat DIA selalu.

Koleksi Raya Part 1

Tanpa cerita, segalanya Koleksi Gambar Raya, campur-campur. Semua gambar ni dr BB shj. Tak termasuk dengan Nokia dan Kamera. Sharing Is Caring. :)

Raya Pertama, Otw to Masjid Ampang

with my lovely lil bro, Muhammad Syauqaini El-Isyqaini

my Ummi n step father

three of us :) love dis pic :)

again, Us :)


i love my smileys Ummi

Selepas solat raya, ke rumah Paklang, Batu caves.

my cs with my B-I-L

my cs with our cousin

di rumah Paklong @ Hulu Langat

hari beraya bersama kak fath n kak liya :)

my lovely cuzzy. kak liya n me. 1st time dpt duit raya. dr mak syu! terharu! :p

pic candid sewaktu my family bertandang ke rumah aziz, berhari raya dan berkenal-kenalan :)

ini ibu angkat saya yg paling sy sayang! :))

with family abah, keluarga angkat kak fath

my Syu! ♥ (kawan waktu blaja di Uniten smpai skrg)

notaKaki: makin lama, aku tengok mmuka aku makin matang, seperti org berumur.hish.

Thursday, September 16, 2010

Platinum Victory Danau Kota

Thinking, Deciding, Choosing.. ?

Bye The Orion.

Wednesday, September 15, 2010

Salam Aidilfitri 1431 H

Assalamualaikum W.B.T syukur kehadhrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya, dapatlah saya menikmati kehidupan sehingga saat ini. Takziah kepada teman yg telah kerahmatullah, Datuk Sosilawati serta yg 3 bersamanya. Saya mengutuk sekutuk2nya kepada pembunuh. Biarlah mereka terima hukuman setimpal dengan perbuatan mereka. Hari ni dah masuk 6 syawal. Syukur sebab dapat berpuasa dengan jayanya. Syukur dapat beraya bersama sama keluarga dan saudara mara. Sehingga hari ini, saya belum kemana2 rumah teman lagi. Tapi ada plan utk pergi pagi nanti. InsyaAllah.

Seperti tahun tahun sebelum ini, raya pertama pasti bersama ummi tersayang. Tahun ni lebih gembira sabab dapat bersama2 sekeluarga menunaikan solat sunat idulfitri walaupun tidak bersama buya tercinta.

Dalam kehidupan saya kini, tiada apa yg lebih bermakna selain mengimpikan satu eluarga yang bahagia dan kekuatan dalam keluarga. Walaupun ditakdirkan keluarga ku begini, saya masih bersyukur kerana, kami adik beradik mahupun hubunngan diantara kami anak2 dengan orang tua kami, masih utuh. Saya cintakan keluarga saya. Tanpa mereka, siapalah saya.

InsyaAllah, tahun ini adalah tahun terakhir saya beraya sebagai status"bujang". Kerana, tak lami lagi saya akan mendirikan rumah tangga. Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat kurniaan Allah. Saya berdoa semoga segala urusan berjalan dengan lancar. Terima Kasih atas Restu Buya dan Ummi, Tak lupa juga restu daripada keluarga Pihak lelaki. Semoga hubungan suci kami akan sentiasa mekar sampai bila-bila pun.

Dah lama tak berjumpa aziz. Berapa lama? tak terkira. Dalam bulan puasa pun boleh kira rasa dalam 4 kali jumpa. Raya? lagilah. Lepas bertuang ni lagi langsung tak boleh jumpa dah. Aduh, boleh ke tak boleh ni? tak apalah. sabar je dulu.

Masuk cerita perniagaan. Seperti yang dikongsi sebelum ini, insyaAllah, HT akan dapat mengendalikan tender yg dah dpat dengan baiknya. Walaupun tendernya utk tahun depan, banyak progress yg perlu diselesaikan dan disiapkan sebelum tahun 2011. Harap2 semua berjalan lancar. Thanks to Mr. Azizi yang tak pernah putus-putus memberi sokongan moral, fizikal dan mental. Hanya Allah shj yg dapat membalas budi dan jasa Tuan.

HS? Masih dalam proses pemilihan talent2 yang akan dilayarkan ke Bandung. Latihan 3 bulan diMalaysia sebelum terbang ke Indon. Pemilihan akan dibuat oleh 3 org dr Team HS. Harap2 yg terpilih adalah yg benar2 berbakat dan tidak memalukan Agensi HS.

Entri kali ni tak ada pics sebab memang semata2 untuk bercerita dan berkongsi.

Setiap pagi saya bangun tidur, benda pertama yg saya akan buat adalah buka mata dan berfikir, apa sumbangan saya untuk diri sendiri pada hari ini yg saya ingin lakukan? kemudiaan sebelum mau tidur, Al-Fatihah buat Buya dan Ummi, dan berfikir, adakah sumbangan saya unuk diri sendiri telah saya tunaikan? Saya sentiasa berharap dalam hidup dan berdoa semoga sentiasa Maju Maju Dan Maju kehadapan, InsyaAllah. Ameen!


notaKaki: Counting, 5days to go. *gulp!*

Sunday, September 5, 2010

Iklan TV3 yang mengelirukan. Siapa Pengarahnya?

Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis
6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism

Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian
Scene 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.
taken from -Yusrizan Usop

notaKAKI: diharap iklan ini dapat ditarik balik.



The Krathong Restaurant

Semalam 4 September, berbuka bersama Soulmate di Restoran The Krathong terletak di Maju Junction. Untuk pengetahuan, restoran ini mempunyai lagi 1 cawangan di Langkawi. Sebelum ni saya pernah makan di Langkawi utk merasa Green Curry yg telah di suggestkan oleh aziz. Aziz oernah outstaion di Langkawi dan pernah menghadiri makan makan di Krathong langkawi. Itu sebab disyorkan utk mencuba. dan saya telah pun mencuba 2 bulan lepas sewaktu mempunyai kerja di Langkawi. memang superblah. Aziz's favorite is Green Curry. dah banyak kali dia suruh belajar masak green curry supaya kawin nanti boleh masak utk dia dan sampai sekarang saya belum cuba utk masak green curry. mungkin selepas ini ;)



reserved by aziz :)

half menu ok

ini dia Green Curry! cobalah! :)

kekenyangan

amenda tu?

kami :)

notaKaki: krathong di Langkawi lebih enak dari di KL.

Iftar at DSAI's house

Untuk entri kali ini tak ada apa yang nak dikongsikan, sekadar beberapa keping gambar sewaktu berbuka di rumah Mantan Timbalan Menteri Malaysia, DSAI. Alhamdulillah, banyak pengisian ilmiah dan bukan propaganda politik. Segala isu isu semasa seperti masalah pembuangan bayi, penggunaan dinar di kelantan dan macam macam lagi telah dikupaskan bersama. Moga gathering yang lepas mendapat manfaat bersama :) InsyaAllah.




with DSWA

notaKaki: orang yg BODOH adalah orang yang menerima sesuatu perkara TANPA mengkaji tiap perkara itu. Jadi, jangan jadi BODOH. *maaf terkasar.

Italiannies!

last week, benar-benar tanpa hala tujuan. berbuka di luar hampir seminggu. Ada bersama Ummi, ada bersama Teman, dan banyaknya bersama sepupu, kak fath. Alhamdulillah. Tak delah banyak keuarkan duit. Tapi rezeki yg datang,Thanks kepada siapa yang ada belanja berbuka sebelum ini. Moga dimurahkan rezeki ya! :)

percubaan pertama kali makan buffet di Italiaannies agak memuaskan hati juga. Kerana makanan yang jarang jarang ditemui di luar. walaupun nampak mcm sama spageti atau sebagainya, tetapi rasanya sangat berbeza. Cubalah ;) Iftar di Italiannies disertai kak fath dan abg lan. Selepas Iftar solat maghrib dan pulang kerumah.








muke lapo


australian chickken grilled.yummeh

the best dessert everrr...! ♥

masa utk pulang!yukk (tapi kak fath takpulang lg time nih)

Ada rakan FB bertanya, saya sering menggunakan aplikasi "foursquare" dan check in dimana saya berada. Tp dimana pula saya bertarawikh? okeh mari kita kongsikan :)

Tarawikh ibadat sunat yang kita lakukan sepanjang bulan ramadhan. Bohong jika saya mengatakan saya bertarawikh setiap hari, namun, walaupun saya pulang kerumah, selepas solat saya tetap melakukan biarpun 4 rakaat. Buat apa itk check in di "foursquare" utk nyatakan bertarawikh. bukan dirumah shj, ada juga di masjid bersama Bonda saya. Perlukah kita menyatakan setiap ibadat antara kita dengan tuhan pd semua org? Anda membaca alquran, anda canang2kan pada org anda membaca alquran? mcm tu? tentang aktiviti keduniaan saya di FB maupun blog sekadar berkongsi pada masyarakat luar tentang perasaan dan keadaan. Itu shj. Jadi soal solat, tarawikh, tidak perlu dijadikan satu isu lagi :)

notaKaki: Banyak ORANG, banyak RAGAM!

Saturday, September 4, 2010

Iftar HS

Lately sangatlah malas nak menaip, nakr bercerita. sebab rasa nak share tapi tanak. mcmana tu.. banyak bende pending nak share..takpela..oleh sebab malas tahap dewa..upload dulu current activities,ops bukan, just happened activities. Baru2 ni, 28/8/2010 telah diadakan gathering Iftar Hannah Studio bertempat di Ani Sup Utara Danau Kota. Tujuan Iftar ini adalah untuk mengumpulkan bersama rakan rakan dan sahabat, maksud saya bukan penjahanam ya. bersama sama berbuka puasa dan membincangkan apa yang patut dibincangkan. Selain itu juga ada mengumpulkan beberapa talent utk collect CD Port folio mereka yg telah berkurun tidak collect.
Semoga aktiviti ini dapat dijadikan acara tahunan Hannah Studio. InsyaAllah. :)

























notaKaki: gambar2 turutan dr bawah ke atas :p malas giler nak edit. muehehe