Saturday, September 18, 2010

Platinum Victory, Danau Kota

Saya mengimpikan sebuah rumah di atas tanah, dengan halaman yang boleh bercucuk tanam dan parkir kereta yg luas. Itu adalah impian. Tak semestinya sebuah impian akan menjadi kenyataan. Dan tak mustahil juga sebuah impian akan menjadi kenyataan. Pokok pangkalnya, JUST DO IT. Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Kejayaan, kemewahan, Kekayaan dan Kesenangan tak akan datang bergolek. Usaha yang jitu, tanpa mengenal erti putus asa dan berkira, insyaAllah akan membuahkan hasil. Yang penting, kita hendaklah sentiasa Istiqamah diatas setiap pekerjaan yang kita lakukan. Peringatan ini adalah untuk diri sendiri. InsyaAllah, selepas 5 Tahun ini, Impian dapat jadi kenyataan. Tanah dah ada, tunggu bikin rumah Impian. Ameen Ya Allah.

Berbalik kepada Platinum Victory (PV). PV ni ada banyak tak silap saya, tapi yang nak bercerita ni PV 12 di danau Kota. Lokasi sangat strategik. Kelebihan-kelebihan PV12:

1. Berada di tengah-tengah yang boleh menghubungkan keKL, DUKE (utk ke Damansara, Shah Alam dsbg)

2. Security 24 jam, naik lif pakai access card.

3. Di bawah kondo ni terdapay MyMydin yg baru dibuka, senang utk beli barang dapur, turun lif jer.

4. Dekat dengan Uptown Danau kota. Jalan Kaki sahaja.

5. Sebelah dengan Platinum Walk, ada Ofis disitu, Old Town, CC, Pusat mengurut yg saya selalu pergi, Ani Sup Utara, dan macammmmm macammmm lagi! (area ni adalah port saya melepet :p)

6. Sekkitar Kondo ni terdapat 3 pembinaan yg sedang dibina, iaitu, Tesco, Parkson dan Hospital Swasta. (saya yakin, empat ini akan naik nilainya jika kita beli rumah dikawasan ni)

7. Kondo ni cantik dan harga berpatutan!

pandangan dari tingkat 10


blok lain

tuu ade gym! siap ade guard lagi jage :)

1300 sqft

master bedroom

yg duduk tu nenek, keletihan mengikut ke hulu ke hilir :p

dulu ade berminat dengan The Orion, tapi disebabkan beberapa faktor, nampaknya terpaksa lupakan nya. Bye the Orion, Impian jadi harapan :p

notaKaki: Minta Pada Allah, sbb dialah yg pemberi Rezeki. Yakin pada Doa. Ingat DIA selalu.