Wednesday, September 15, 2010

Salam Aidilfitri 1431 H

Assalamualaikum W.B.T syukur kehadhrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya, dapatlah saya menikmati kehidupan sehingga saat ini. Takziah kepada teman yg telah kerahmatullah, Datuk Sosilawati serta yg 3 bersamanya. Saya mengutuk sekutuk2nya kepada pembunuh. Biarlah mereka terima hukuman setimpal dengan perbuatan mereka. Hari ni dah masuk 6 syawal. Syukur sebab dapat berpuasa dengan jayanya. Syukur dapat beraya bersama sama keluarga dan saudara mara. Sehingga hari ini, saya belum kemana2 rumah teman lagi. Tapi ada plan utk pergi pagi nanti. InsyaAllah.

Seperti tahun tahun sebelum ini, raya pertama pasti bersama ummi tersayang. Tahun ni lebih gembira sabab dapat bersama2 sekeluarga menunaikan solat sunat idulfitri walaupun tidak bersama buya tercinta.

Dalam kehidupan saya kini, tiada apa yg lebih bermakna selain mengimpikan satu eluarga yang bahagia dan kekuatan dalam keluarga. Walaupun ditakdirkan keluarga ku begini, saya masih bersyukur kerana, kami adik beradik mahupun hubunngan diantara kami anak2 dengan orang tua kami, masih utuh. Saya cintakan keluarga saya. Tanpa mereka, siapalah saya.

InsyaAllah, tahun ini adalah tahun terakhir saya beraya sebagai status"bujang". Kerana, tak lami lagi saya akan mendirikan rumah tangga. Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat kurniaan Allah. Saya berdoa semoga segala urusan berjalan dengan lancar. Terima Kasih atas Restu Buya dan Ummi, Tak lupa juga restu daripada keluarga Pihak lelaki. Semoga hubungan suci kami akan sentiasa mekar sampai bila-bila pun.

Dah lama tak berjumpa aziz. Berapa lama? tak terkira. Dalam bulan puasa pun boleh kira rasa dalam 4 kali jumpa. Raya? lagilah. Lepas bertuang ni lagi langsung tak boleh jumpa dah. Aduh, boleh ke tak boleh ni? tak apalah. sabar je dulu.

Masuk cerita perniagaan. Seperti yang dikongsi sebelum ini, insyaAllah, HT akan dapat mengendalikan tender yg dah dpat dengan baiknya. Walaupun tendernya utk tahun depan, banyak progress yg perlu diselesaikan dan disiapkan sebelum tahun 2011. Harap2 semua berjalan lancar. Thanks to Mr. Azizi yang tak pernah putus-putus memberi sokongan moral, fizikal dan mental. Hanya Allah shj yg dapat membalas budi dan jasa Tuan.

HS? Masih dalam proses pemilihan talent2 yang akan dilayarkan ke Bandung. Latihan 3 bulan diMalaysia sebelum terbang ke Indon. Pemilihan akan dibuat oleh 3 org dr Team HS. Harap2 yg terpilih adalah yg benar2 berbakat dan tidak memalukan Agensi HS.

Entri kali ni tak ada pics sebab memang semata2 untuk bercerita dan berkongsi.

Setiap pagi saya bangun tidur, benda pertama yg saya akan buat adalah buka mata dan berfikir, apa sumbangan saya untuk diri sendiri pada hari ini yg saya ingin lakukan? kemudiaan sebelum mau tidur, Al-Fatihah buat Buya dan Ummi, dan berfikir, adakah sumbangan saya unuk diri sendiri telah saya tunaikan? Saya sentiasa berharap dalam hidup dan berdoa semoga sentiasa Maju Maju Dan Maju kehadapan, InsyaAllah. Ameen!


notaKaki: Counting, 5days to go. *gulp!*