Friday, October 8, 2010

Alhamdulillah, Termakbul Doa

harini 8 oktober 2010, sekali lagi ku panjatkan kesyukuran kerana doa dimakbulkan. walaupun 2 bulan menanti, akhirnya, dikabulkan. syukur alhamdulillah. dulu pernah berbincang dengan aziz. sebelum bertunang, kereta mesti dah keluar. alhamdulillah, harini dapat panggilan yang dinantikan, Stok kereta dah ada. Semuanya dah selesai. Alhamdulillah. Lepas ni tak adalah terbeban lagi dengan minyak merc yang memang sangatlah tinggi. Tercapai juga hajat untuk memiliki Kereta Honda. Tata Mercedes. ! :) (tapi mungkin akan pakai untuk function-function atau meeting tertentu sahaja)

notaKaki: Syukur Syukur Syukur ! Sesungguhnya, hajat tak akan tercapai tanpa Usaha , Doa Dan Tawakkal. Alhamdulillah !