Monday, November 29, 2010

My Egagement Ceremony

bismillahirrahmanirrohim. Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, kini saya telah bergelar "tunangan orang". 27 November yang lepas telah berlangsungnya Majlis Pertunangan saya dengan Abdul Aziz Che Ahmad. Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi dengan segala limpah dan rahmatnya majlis pertunangan saya berjalan dengan lancar. yang paling takut sangat jadi adalah makanan tidak cukup. tapi alhamdulillah lg skali, makanan semua cukup, siap boleh tapau bawak balik lagi. heheheh.


Majlis yang lepas, saya telah mengundang saudara mara di sebelah ummi dan buya saya serta seluruh kaum keluarga aziz. untuk teman teman, saya memang mengehadkan kedatangan. Tetapi saya telah menjemputorang orang yg pernah bersama suatu ketika dahulu walaupun mereka tidak hadir. iaitu, sarah hata, aiza natasha, nahar, dan geng wcmm dulu.

Terima kasih tak terhingga pada ummi dan buya yang telah baynak memberi sokongan dan pertolongan. terima kasih juga pada mak uda, makcik2 yg dah tolong, tak lupa pada adik beradik, sepupu sepupu, kak yati, kak fath. dan sahabat- sahabat yng membantu, terutama sekali syu :)


Thanks yang sudi hadir majlis. Terutama juru upacara majlis, Pakcik saya, pakcik naim.. serta seluruh kaum keluarga yang hadir, atok nenek, pakcik makcik dan ramai lagi. tak lupa juga kawan dr samten dulu, Fatin hazwani serta tunang, kawan skolah teknik dulu, farahah!!!, kamil, siti, hazmi. kawan uniten, nabila, ejot, syu, dan ramai lagi. Maaf ye kalau ade terlepas pandang.

antara yg special guest dtg malam tu adalah abg adie dan abg izham. lama sangat tak jumpa diorang ni dah lost contatct da pon. mereka ni dulu byk membantu saya time dapat project WCMM. wcmm tu ape? leh refer previous post saya --> project lepas.

Over all, majlis semuanya lancar. Dan saya sangat gembira bila guest yang data kata makananya sedap. Alhamdulillah.

apa yang saya harap, segala cabaran, dugaan yang datang lepas ni saya dan aziz sama sama harungi dengan tabah dan selesaikan masalah dengan secara berhikmah. dan semoga hubungan pertunangan ini sampai ke Jinjang Pelamin, seterusnya bermula kehidupan baru kami. Ameen, insyaAllah. doakan ya!

Gambar2 yang nak dikongsi ni 100% dr kamera syu. saya punya xde. nanti kene amik gambar kat fotoman2 yg hadir ;)





ini baju saye. :)

yang hijau tu hantaran lelaki pada pompuan.


belum berjaya menurunkan berat badan. tgk wedding nti plak -_-"






nabila dan tunangnya ejot :) thanks for coming!

with my ummi dan bakal mak mertua serta bakal kakak ipar

tu kawan2! dan kak fath




kamil dan hazmi (ketua kelas time form 5 dan sy sebagai penolong kelas nye. hehe)

notaKaki: rindu sangat kat my sis yang tak ada dalam majlis. syira, miss u much :"(

Saturday, November 27, 2010

Hari Bertunang - 27 November 2010

Assalamualaikum dan selamat tengahari semua..

lamanya tak update blog ni. banyak sebenarnnya yang ingin dikongsikan. tapi sangat sangat sibuk dengan berbagai2 hal. Kehidupan , Alhamdulillah semakin lancar dan lebih bermakna. Dengan kehadiran anak buah yang pertama iaitu Ahmad Wafi bin Ahmad Safuan. Syukur Alhamdulillah. :))

Akhir akhir ni busy dengan preperation untuk pertunangan. Alhamdulillah, segalanya sudah lengkap, dari tempat bertunang, baju, hantaran, tudung, bunga tangan, door gift, dan bermacam macam lagi. semua telah siap.


Malam ni jam 8 malam, saya akan di tunangkan. dengan siapa lagi kalau bukan Aziz. Semoga Hubungan ini akan berakhir ke jinjang pelamin seterusnya ke akhir hayat. InsyaAllah.

Lepas tunang nanti saya akan upload gambar khas buat tatapan kaum keluargaku, sahabat handai serta stalker2 yang tak pernah putus2 bukak blog saya hari hari ;) glemer I, hehehe.

Okaylah, nak iron alas lapik paha, jam 3 petang akan ke lokasi tempat akan dilangsungkan Majlis Pertunangan. dimana lokasinya? tunggguuuu. heheheh.

notaKaki: tetibe teringat ade org tu ckp yg saya tak laku dan tak ade org nak.. tapi alhamdulillah dah nak tunang dah harini. yg awak dok ngata saya tu masih belajar pun. hesh. semoga cepat2 kawen ye!

Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidil Adha

SELAMAT MENYAMBUT IDUL ADHA
KEPADA
SEMUA
:)


notaKaki:insyaAllah,tahun ini adalah raya terakhirku sbg single :)