Wednesday, March 14, 2012

Indahnya Hidup Berumah Tangga


gambar ketika mengandung 4 bulan. skrg? memang mcm nak meletup! hihi


Alhamdulillah Syukur ke hadrat ilahi, Hari ni genablah 9 bulan 3 hari saya menjadi Suri dalam Hidup Insan bernama Abdul Aziz Che' Ahmad.. Syukur dan rasa sangat bertuah dengan keadaan hidup sekarang. Kami tidaklah senang sangat dan tidaklah susah sangat. tengah-tengah. sederhana. Alhamdulillah , Bahagia.

Pagi ni bangun awal sikit sbb husband semalam request nasi goreng for breakfast.. so bangun pagi, masak air, rebus barli dan siap untuk solat subuh. selesai subuh husband pulak ready utk solat. Dalam tempoh itulah menyiapkan nasi goreng. husband suka pedas. buhlah cili api bebanyak.

Saat menaip ni, husband otw ke ofis.. semoga selamat tiba ya suamiku... kejap lagi jam 10 ada appointment checkup sebelum bersalin.. memandangkan dah tunggu hari je..husband mmg tak bg drive.. so kejap lg pkul 9 lebih husband akan pulang dan bawak pergi check up.. baik hati sungguh husband saye.. (tanggungjawab kan...hihihihi)

Kurang dari 3 minggu lagi dah nak bersalin.. ape perasaan? wah. tak dapat nak gambarkan. yg sangat berdebar adelah husband...ckp bab bersalin mesti die berdebar. hihihi. mcm die lak nak bersalin.. yg diri sendiri pulak tak sabar nak bersalin sbb nak gomol baby.. pstu rase baby ni dh berat sgt... mcmanalah rupamu ye sayang.. semoga Allah memberi kesihatan yang baik , anakku.....:)

Okaylah..dah nak jam 8 pagi skrg.. mahu kemas rumah.. lelap sekejap dan bersiap utk checkup..

Wassalam.